TutorKami.com telah membantu ibubapa dan pelajar sejak 2013 mendapatkan tutor untuk hampir semua subjek bagi semua peringkat. Juga untuk persediaan peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM, STPM, IGCSE, IB, A-Levels, Foundation, Diploma, Ijazah dan sebagainya.
Kami juga boleh dapatkan cikgu untuk belajar Al-Quran atau Iqra’, Fardu Ain, MUET, TOEFL
Kenapa memilih tuisyen di rumah? Apakah kebaikannya? Di bawah adalah 4 kelebihan utama mengambil guru tuisyen di rumah:
• Pelajar Mendapat Sepenuh Perhatian dari Cikgu!
Tuisyen dirumah adalah secara individu (1-on-1) atau kumpulan kecil (2-3 pelajar) sahaja.
Guru dapat memberi sepenuh perhatian kepada anak Tuan/Puan. Pelajar tidak akan lagi ketinggalan atau berasa tersisih!
• Pembelajaran yang Fleksibel!
Pelajar tidak perlu mengikut jadual silibus yang tetap (seperti di sekolah atau pusat tuisyen). Guru akan menyesuaikan pembelajaran mengikut keperluan individu pelajar. Penekanan dan latihan yang lebih akan diberi kepada topik-topik yang pelajar lemah untuk meningkatkan keyakinan dan seterusnya prestasi akademik mereka dengan cepat.
• Tempat Pelajar!
Tuan/Puan tidak perlu bergegas pulang ke rumah untuk menghantar dan mengambil pelajar
Di bawah adalah testimonial dari ibubapa untuk guru-guru yang telah kami dapatkan.
Untuk Cikgu Nabilah Halimi, Damansara dari Puan Suzana:
Untuk Teacher Maria, Pandan Indah dari Puan Zulidia:
Di bawah ini pula adalah sebahagian daripada cikgu home tuisyen yang telah berdaftar di TutorKami.com dan ingin menawarkan khidmat mereka kepada Tuan/Puan:

Mr Thanesh, Shah Alam

Cikgu Munie, Georgetown

Mr Jeevan, Ampang

Mrs Phia, Siburan,Sarawak

Mr Mohamed, Kuala Lumpur

Cikgu Ima, Sandakan,Sabah
..beserta lebih dari 1000 cikgu dan tutor dari hampir seluruh Malaysia
SOALAN-SOALAN LAZIM
S : Adakah tutor berdaftar di TutorKami.com ini berkelayakan? Adakah mereka cikgu sekolah? Apakah pengalaman mengajar mereka?
J :Kebanyakan tutor di TutorKami.com adalah cikgu tuisyen sepenuh masa atau sampingan. Kami juga mempunyai cikgu sekolah namun tidak ramai kerana kebanyakan mereka kurang mahu untuk membuat home tuisyen. Ini disebabkan tugas mereka sebagai guru sekolah memang memenatkan dan mereka mahu berehat serta meluangkan masa dengan keluarga di luar waktu sekolah.
Namun, tutor-tutor kami yang bukan guru sekolah juga berpengalaman dalam mengajar dan ini terbukti apabila hasil didikan mereka telah dapat membantu ramai pelajar mencapai peningkatan dalam pelajaran. Setiap tutor ini juga mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah atau Diploma dalam bidang mereka masing-masing.
Tambahan lagi, Tuan/Puan tidak perlu gusar kerana kami akan menghantar dahulu profil tutor untuk Tuan/Puan meneliti sendiri latarbelakang cikgu yang berminat untuk mengajar anak Tuan/Puan. Jika Tuan/Puan berpuashati dan bersetuju, barulah nombor telefon mereka akan diberikan untuk Tuan/Puan hubungi dan temubual lebih lanjut sebelum memutuskan untuk mengambil khidmat mereka atau tidak. Disamping itu, pihak TutorKami.com juga memberikan jaminan tambahan terhadap khidmat tutor-tutor yang dicadangkan oleh kami. Sila lihat ‘Jaminan TutorKami.com’ di bahagian bawah laman ini.
S : Adakah saya perlu membayar khidmat pihak TutorKami.com untuk membantu saya mendapatkan cikgu atau tutor untuk anak saya?
J : Terdapat yuran RM50 untuk setiap pelajar (setahun sekali sahaja).
Di bawah ialah Jaminan TutorKami.com:
Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan bolehlah menelefon/sms
012 -230 9743 atau emel contact{at}tutorkami.com
Klik logo untuk ke laman web rasmi