Select Page

Kaedah pembelajaran VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) menggunakan 3 jenis deria iaitu Penglihatan, Pendengaran dan Pergerakan bagi mengenalpasti gaya belajar anak anda yang paling optimum untuknya. Ia merupakan sejenis gaya pembelajaran yang diasaskan oleh ahli psikologi pada tahun 1920.

Berdasarkan kajian mereka, setiap orang menyukai salah satu daripada 3 kaedah pembelajaran yang dinyatakan. Tahukah anda gaya belajar anak anda? Sebelum kami kongsikan cara untuk mengenalpasti, kami kongsikan dulu serba sedikit mengenai setiap satu elemen pembelajaran VAK.

Visual : Pelajar visual lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta dan gambarajah.

Auditori : Pelajar auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat melalui pendengaran. Mereka lebih suka mendengar sesebuah pembentangan oleh guru mahupun kerja berkumpulan. Mengulang semula ayat dengan mulut sendiri juga membantu dalam pembelajarannya.

Kinestetik : Pelajar kinestetik lebih sukakan pengalaman yang melibatkan anggota fizikal. Mereka sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan sentuhan ataupun alatan.

Kenali Gaya Belajar Anak : Visual, Auditori, Kinestetik

Bagaimana Mengenalpasti Gaya Belajar Anak Anda?

Terdapat beberapa kaedah untuk membantu anda. Meskipun kaedah ini tidaklah 100% (anak anda lebih mengenali diri sendiri), anda boleh dapatkan sedikit gambaran melalui perlakuan anak anda.

1. Perhati Tingkahlaku Anak Anda

Apabila anak anda dalam keadaan marah atau kurang senang, anak anda akan berkomunikasi dalam gaya yang mereka selesa. Perhatikan mata anak anda, percakapannya atau perbuatannya yang lebih dominan.

2. Gaya Penyelesaian Masalah

Apabila anak anda berdepan dengan masalah (sekecil-kecil masalah seperti memasang mainan), adakah anak anda lebih suka merujuk kepada manual/kotak mainan (visual), bertanya kepada anda untuk mendapatkan bantuan (auditori) mahupun mencuba sendiri dengan cara-cara yang berbezaz (kinestetik).

Sekiranya anda telah mengenalpasti gaya belajar anak anda, langkah berikutnya adalah untuk menyediakan kaedah pembelajaran yang paling sesuai untuk anak anda. Setiap gaya mempunyai kaedah pembelajaran optimumnya yang tersendiri. Sungguhpun begitu, ia bukanlah bermakna yang sekiranya anak anda seorang Auditori, anak anda tidak boleh belajar langsung melalui kaedah Audio atau Kinestatik.

Kenali Gaya Belajar Anak : Visual, Auditori, Kinestetik

Kaedah Pembelajaran Visual, Auditori & Kinestatik

Pelajar Visual

Pelajar visual terbahagi kepada 2 kategori, Linguistic dan Spatial. Pelajar Linguistic lebih mudah belajar melalui tulisan bertulis, sama ada membaca atau menulis. Mereka mudah mengingat sesuatu yang dibaca atau yang ditulis olehnya. Manakala pelajar visual jenis Spatial lebih sukakan penggunaan carta, graf dan gambar. Mereka mempunyai daya ingatan dan gambaran yang lebih kuat.

  • Gunakan gambar, graf dan carta untuk menyimpan/membaca nota
  • Sediakan banyak bahan tambahan untuk dibaca semula
  • Menyediakan ruang/bahan untuk penulisan semula nota
  • Gunakan carta jenis ‘flip’ (sebelum-selepas)
  • Menggariskan poin penting yang perlu dicatit
  • Elakkan gangguan persekitaran
  • Sentiasa menyediakan informasi dengan bantuan ilustrasi
  • Pastikan pelajar mampu bayangkan topik pembelajaran

Pelajar Auditori

Pelajar Auditori suka untuk bercakap dengan diri sendiri. Mendengar suara mereka membantu mereka untuk mengingati sesuatu maklumat. Kebiasannya, pelajar Auditori mempunyai kelebihan berkomunikasi.

  • Mulakan pembelajaran dengan memberitahu serba sedikit apa yang bakal dipelajari
  • Menutup pembelajaran dengan rumusan ringkas
  • Gunakan kaedah Socratic dalam pembelajaran
  • Memperbanyakkan aktiviti auditori seperti perbincangan berkumpulan
  • Galakkan pengulangan verbal oleh pelajar
  • Membuka banyak peluang untuk pelajar bertanyakan soalan
  • Merekod sesi pembelajaran
  • Belajar melalui ‘podcast

Pelajar Kinestetik

Pelajar Kinestetik lebih suka untuk bergerak dan beraktiviti. Mereka bukanlah jenis pelajar yang boleh hanya duduk dan mendengar untuk berjam-jam lamanya. Mereka bakal hilang konsentrasi apabila tidak bergerak. Di dalam kelas, mereka memilih untuk mencatit nota bagi mewujudkan pergerakan.

  • Memperbanyakkan aktivit yang melibatkan pergerakan
  • Mainkan musik dalam aktiviti-aktiviti tertentu
  • Gunakan penggunaan warna yang berbeza-beza
  • Memberikan rehat selang seketika waktu
  • Memberikan mainan seperti Play-Dough
  • Menyediakan bahan berwarna seperti pensel warna, krayon
  • Menggalakkan aktivit menukar maklumat dari satu medium ke medium yang berbeza

Kenali Gaya Belajar Anak : Visual, Auditori, Kinestetik


Tidak ada mana-mana jenis pelajar yang lebih baik daripada pelajar yang lain. Setiap gaya pembelajaran mempunyai keunikan tersendiri dan adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengenalpasti perkara ini, dan menterjemahkannya kepada anak anda bagi membantu mereka dengan pembelajaran.

Sekiranya anda memerlukan Home Tutor untuk anak anda, boleh hubungi kami di :

Home Tutor / Home Tuition Malaysia
Home Tutor / Home Tuition Malaysia
Home Tutor / Home Tuition Malaysia