Select Page

 

Rakan TutorKami.com iaitu Elit Edu Sdn Bhd (EESB) menawarkan peluang kepada mana-mana tutor yang berminat untuk memohon job membuat video mengajar bagi level STPM, di lokasi studio di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Dibawah ialah info tentang job ini:

Pengurus Projek & Produksi: Elit Edu Sdn Bhd

Lokasi rakaman video: Jalan Suasana 2/7a, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

Skop kerja:

  1. Menyediakan bahan untuk rakaman (e.g slide powerpoint). Pastikan bahan/nota yang digunakan adalah milik anda sendiri dan tidak diambil dari mana-mana buku/terbitan orang lain.
  2. Datang ke lokasi studio bersama dengan bahan anda untuk sesi rakaman/mengajar. Kesemua kerja rakaman, suntingan dan penerbitan video akan dilakukan oleh pihak EESB.
  3. Sepuluh (10) jam video output merangkumi keseluruhan silibus untuk setiap subjek diperlukan. Kesemua video adalah dalam Bahasa Melayu.
  4. Merancang/merangka apa yang hendak dirakam untuk setiap video.

Info penting

  1. Tutor hanya akan dibayar berdasarkan output video dan bukan berdasarkan tempoh rakaman. Contoh, jika untuk mendapatkan output video sejam, anda mengambil masa sehingga sejam setengah (disebabkan sebahagian rakaman perlu dibuat semula kerana anda salah cakap, gugup, terlupa) bayaran ialah untuk sejam dan bukan sejam setengah
  2. Tutor perlu menyediakan sendiri bahan e,g slide powerpoint. Pastikan anda tidak plagiat atau menggunakan bahan dari mana-mana terbitan orang lain.
  3. Pastikan anda menggunakan silibus yang terbaru untuk konten dan bahan rakaman anda
  4. Jika anda mengambil job ini, anda perlu menyiapkan kesemua 10 jam output video. Jika anda menarik diri sebelum siap 10 jam output ini, anda tidak akan menerima sebarang bayaran untuk apa-apa rakaman yang telah anda buat sebelum ini
  5. Setelah siap 10 jam output ini, bayaran anda akan dibuat oleh pihak Finance TutorKami.
  6. Untuk penjadualan sesi rakaman, hubungi pihak EESB untuk tempahan slot rakaman

Jika anda berminat, sila ke www.tutorkami.com/search_job untuk memohon berdasarkan subjek yang anda mahu (search Level: Others). Jika anda dalam senarai short list, anda dikehendaki untuk membuat studio visit terlebih dahulu untuk penerangan lanjut dari pihak EESB.

Projek ini tertakluk pada terma dan syarat yang akan ditandatangani setelah persetujuan dari pihak anda dengan pihak EESB. Tempoh projek ini sehingga 29 Mei 2022.