Select Page

Adakah anda seorang pekerja freelance atau gig? ( e.g menjadi tutor, memandu e-hailing, menghantar makanan atau barang dll). Adakah anda bercadang untuk beli rumah tetapi tak pasti jika anda boleh apply loan rumah dari bank sebab income tidak tetap, tak ada slip gaji, tak ada EPF Socso (seperti orang yang bekerja tetap dengan syarikat). Jika ya, maka sesi sharing online secara percuma ini adalah untuk anda!

TutorKami.com dengan kerjasama HiMortgage.asia menjemput anda untuk menyertai sesi sharing ini, dimana loan consultant En Haziq Azmee akan kongsikan cara dan tips untuk anda apply loan rumah. Semasa sesi ini juga, insha Allah kami akan cuba menjawab sebarang pertanyaan yang anda ada berkenaan proses memohon loan rumah.

Sesi ini akan dijalankan secara online melalui Zoom pada hari Khamis, 10 Mac pada pukul 3 petang. Jika anda berminat untuk menyertai sesi sharing ini, sila masuk ke group What’s App khas sesi ini dengan menekan link ini . Link untuk menyertai sesi Zoom akan dikongsikan dalam group What’s App ini pada hari tersebut nanti.

Tempat adalah terhad!

Link ke group What’s App sesi sharing https://chat.whatsapp.com/GZ4geAD827e5XfVxwCUAuz

Bagaimana untuk tutor di TutorKami generate Payment Voucher yang ada nama penuh dan IC number?

  1. Login sebagai tutor di tutorkami.com

2. Di menu di atas, klik ‘Payments’

3. Di bahagian atas, klik ‘here’

4. Masukkan nama penuh dan nombor IC anda

5. Anda kemudiannya boleh klik sahaja mana- mana PV number (imej di langkah #3 tadi), dan Payment Voucher yang mempunyai nama penuh dan IC anda (seperti contoh di atas) akan dihasilkan dalam format PDF

6. Anda kemudiannya boleh print out payment voucher ini, tandatangan dan sertakan dalam permohonan loan rumah anda