Select Page

(Info tentang SIP Gig dibawah ini dipetik dari artikel ini https://ecentral.my/sip-gig-perkeso-2022/)

 

Soalan (S): Apa itu Program SIP Gig Perkeso?

Jawapan (J) :Program dimana insentif sebanyak RM600 hingga RM800 sebulan (bagi tempoh maksimum 6 bulan) bagi pekerja gig yang baru. Insentif ini diberi oleh pihak Perkeso (bukan pihak Platform seperti TutorKami)

S: Program ini untuk siapa?

J:  Hanya untuk individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji,atau diberhentikan kerja, atau penganggur lebih daripada 60 hari, atau pencari kerja daripada golongan terjejas, atau suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan.

S: Siapa yang layak memohon untuk program ini?

J:  Hanya individu seperti dibawah yang layak memohon:

  1. Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  2. Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  3. Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  4. Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  5. Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  6. Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO (seperti TutorKami.com)

S: Apakah contoh individu yang tidak layak memohon?

Q:  Contoh individu2 dibawah tidak layak untuk memohon insentif ini:

  • Individu yang aktif bekerja.
  • Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
  • Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
  • Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian

 

S: Apakah syarat untuk menerima insentif ini?

J: Anda perlu memenuhi syarat-syarat dibawah sebelum boleh memohon kepada Perkeso untuk menerima insentif:

  1. Untuk tutor, anda perlu memperoleh bayaran sebulan berjumlah minimum RM1,200 dari TutorKami, atau mempunyai minimum 40 jam kelas seminggu, Insentif yang anda layak terima adalah RM600 sebulan.
  2. Jika tutor dapat mencapai bayaran RM2,500 dan ke atas dari TutorKami, ataupun 60 jam kelas seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.
  3. Anda perlu menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo TutorKami setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (anda boleh dapatkan pembuktian ini dari pihak Finance TutorKami)

S: Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon insentif ini:

J: Sila rujuk jadual dibawah

sip gig perkeso 2022

S: Apakah cara untuk memohon?

J: Cara-caranya adalah:

  1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my
  2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja (seperti TutorKami.com)
  3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian perkhidmatan khas PERKESO di 03-80915300 atau 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di
https://eaduansip.perkeso.gov.my.

Untuk info lanjut, sila kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my. Rujuk poster dibawah artikel ini

Tarikh Permohonan
Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan https://matrix.perkeso.gov.my.

Tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig adalah pada 30 Jun 2022.